Friday, September 30, 2022

Jokowi minta nasib Baitulmaqdis dibahas di PBB

Secara Rawak

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggesa agar Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera membahas keputusan Presiden Amerika Syrikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Presiden Jokowi  turut mendesak pemerintah Amerika mempertimbangkan kembali langkah tersebut yang jelas mencetuskan kemarahan dalam kalangan negara Islam.

Sambil menegaskan pengisytiharan itu melanggar pelbagai resolusi PBB, Jokowi dalam kenyataan kepada media di Istana Bogor, pada Khamis, berkata bahawa pengakuan sepihak itu melanggar berbagai-bagai resolusi Majlis Keselamatan  PBB yang AS merupakan anggota tetap.

Tegas Jokowi, pengakuan AS  bahawa Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, “akan menggoncang kestabilan keamanan dunia”, sambil menyeru agar PBB dan OIC segera membahas dan menentukan pendirian dalam isu penting itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru