Viral palsu program lesen JPJ RM100 di media sosial

PETRA JAYA: Viral di media sosial, Facebook dan Whatsapp, posting oleh individu tidak bertanggungjawab berkaitan “Program MyPrihatin JPJ” yang sebenarnya pengumuman palsu.

Pengumuman tersebut berbunyi: 

Memetik penjelasan di akaun Facebook Jpj Sarawak pada Rabu, admin mengumumkan bahawa kenyataan berkaitan program berkenaan tidak benar.

“Jd lepas tok kepada warga Sarawak jgn ktk org berpusu-pusu pg ke opis JPJ. Kesian ktk org dtg jauh2 tp xdpt apa2. Ngasak ati jak,” menurut petikan pengumuman di akaun Facebook Jpj Sarawak.

Ketika wartawan SV menghubungi talian JPJ di Kuching pada Khamis, staf yang menjawab telefon meminta berita tidak benar tersebut diabaikan sahaja.

Staf berkenaan memberitahu program seumpama itu dengan bayaran tertentu pernah diadakan di negeri lain di Semenanjung, tetapi tidak di Sarawak.

Mereka yang mahu mendapatkan lesen memandu diminta berurusan dan membincangkan bayaran yuran dengan ejen sekolah memandu berdekatan. – Sarawakvoice