Tindakan AS dijangka cetuskan keganasan di Asia Barat

KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia akan mengadakan perhimpunan esok susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Mohd Nazree Mohd Aris  menggesa semua anggota dan pegawai Jabatan Amal Malaysia untuk turut bersama dan bertugas dalam himpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Katanya, himpunan akan diketuai oleh Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.

“Semua anggota dan pegawai sila hadir dengan memakai uniform no. 3A atau 3B. No. 4 tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang provokasi oleh anasir luar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta anggota dan pegawai melapor diri di Masjid Tabung Haji  pada jam 12.00 tengh hari.

Trump  berkata, Israel negara berdaulat yang mempunyai hak sama dengan negara lain untuk menentukan ibu negaranya sendiri, dan menyifatkan pengiktirafan ini adalah untuk mencapai kedamaian.

“Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel secara rasmi,” kata pemimpin AS itu di Rumah Putih.

Sejajar dengan pengumuman itu, Trump turut memulakan proses pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengisytiharan itu disambut kritikan tegas serantau

Dan dijangka mencetuskan risiko keganasan baharu di Asia Barat. – Sarawakvoice

Gambar fail – Donald Trump