Tuesday, September 27, 2022

Pelajar Unimas, Amy Mastura rakam keluh kesah rakyat Indonesia melalui watak Si Cepot dalam wang Golek

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Si Cepot dalam wayang golek. Judul unik ini adalah antara hasil karya salah seorang pelajar tahun akhir program Seni Halus, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Amy Mastura Mohd Azali, 22 tahun, yang menarik minat umum dalam Pameran Astral Bandung di Galeri Seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Unimas yang dirasmikan semalam.

Ia juga antara koleksi istimewa Amy, yang berasal dari Pahang di bawah karya bersirinya Si Cepot.

“Untuk karya ini, saya bercerita tentang wayang kulit kerana seperti yang diketahui, negara Indonesia memang terkenal dengan permainan wayang kulit, lantaran ia sebahagian daripada budaya masyarakat Jawa.

“Selain itu, saya juga sempat menemu bual beberapa penduduk di sana, dan bertanyakan tentang wayang golek iaitu wayang kulit dalam bentuk tiga dimensi (3D, yang saya kaji sepanjang berada di sana,” tambahnya.

Kata Amy lagi, patung hasilannya mengisahkan tentang watak Si Cepot yang ingin menghiburkan orang ramai.

“Watak Si Cepot adalah watak yang terdapat dalam wayang golek dan ia berperanan sebagai suara sosial masyarakat.

Kata Amy, Indonesia dengan jumlah penduduk yang begitu ramai, sentiasa memperlihat akan saingan dari aspek ekonomi.

Justeru penduduknya mencari inisiatif untuk menambahkan pendapatan dan salah satu mediumnya adalah dengan menghiburkan orang ramai menerusi wayang kulit.

Menurut Amy lagi, masa yang diambil untuk mencipta watak Si Cepot adalah dua minggu setelah tamat lawatannya ke Bandung.

“Setakat ini saya tidak mempunyai rancangan untuk menjual kesemua hasil karya seni saya dan ia hanya dijadikan bahan pameran,”jelasnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru