Monday, August 15, 2022

Malaysia mahu AS pertimbang semula keputusan iktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kementerian Luar sebentar tadi mengeluarkan kenyataan rasmi susulan laporan bahawa Amerika Syarikat  mengumumkan keputusannya untuk mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Keputusan tersebut kata kementerian itu akan menamatkan segala usaha yang dilakukan terhadap penyelesaian masalah Palestin.

“Ia akan membawa kesan yang serius bukan sahaja terhadap keselamatan dan kestabilan rantau ini, tetapi turut menimbulkan sentimen, serta menjadikan usaha untuk memerangi keganasan semakin sukar.

Malaysia berpendirian isu Jerusalem merupakan inti kepada masalah Palestin, justeru meminta agar semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengiktiraf akan perubahan dalam sempadan negara sebelum tahun 1967, termasuk berkaitan dengan Jerusalem.

Apa-apa percubaan untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel, menubuhkan atau memindahkan sebarang misi diplomatik ke bandar, dianggap sebagai pencerobohan bukan sahaja terhadap umat Islam dan Islam, tetapi juga melanggar hak-hak umat Islam dan Kristian.

Kata kementerian itu, ia juga merupakan pelanggaran terhadap hak-hak kebangsaan rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, dan pelanggaran undang-undang antarabangsa selari dengan resolusi relevan Majlis Keselamatan: iaitu Resolusi No. 252 (1968), 267 (1969) 465, 476 dan 478 (1980), termasuk Resolusi 2334 (2016) baru-baru ini.

Pengiktirafan Jerusalem sebagai ibu kota Israel bukan pengiktirafan realiti di lapangan; ia adalah ungkapan sokongan terhadap dasar Israel, yang kebanyakannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Ia mungkin tidak betul dan Amerika Syarikat mesti menimbang semula keputusannya, tegasnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru