Jerusalem: Paus Fransiscus mahu semua pihak hormati status quo kota suci tiga agama

VATICAN: “Saya tidak dapat sembunyikan rasa khuatir mendalam saya berkaitan situasi yang timbul dalam beberapa hari terakhir ini,” Paus Fransiscus meluahkan isi hatinya sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Memetik Reuters pada Rabu, pemimpin Katolik sedunia itu menambah, “saya mohon dengan ikhlas agar semua berkomitmen menghormati status quo kota (Jerusalem) sesuai dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu.”

Fransiscus mahu sikap bijaksana dan berhati-hati semua pihak mengelak berlaku ketegangan baru di peringkat global yang sudah berlaku banyak konflik kejam.

Sebelum ini, Fransiscus bertemu secara peribadi dengan kumpulan Palestin dalam dialog antara agama dengan Vatican.

Foto Intelijen

Selain itu, Fransiskus juga sempat bercakap melalui telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkaitan krisis terbaru tersebut.

“Tanah Suci untuk Kristian yang memiliki kesamaan dialog antara Tuhan dengan umat manusia,” kata Fransiscus.

“Fungsi utama dialog itu sebagai penghormatan dan komitmen memperkuat rasa hormat, demi mengenali hak semua orang, di mana pun mereka berada,” Paus memberitahu kumpulan berkenaan.

Keputusan AS mengakui Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan memindahkan Kedutaan Besar AS ke kota kuno yang dianggap sebagai kota suci tiga agama terbesar dunia — Islam, Kristian dan Yahudi — tersebut merupakan kontorversi yang menuai konflik berlanjutan di Timur Tengah.

Negara komunis China dan Rusia sendiri mengungkapkan rasa khuatir bahawa langkah AS itu mengarah pada ketegangan baru global.

Sebelum ini, Presiden Palestin Mahmoud Abbas serta pemimpin dunia Arab lainnya mengingatkan, keputusan mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan keinginan AS memindahkan kedutaan besarnya  akan merosak program rundingan damai Asia Barat.

Palestin sendiri mahu menjadikan Baitulmaqdis yang menempatkan Masjid al-Aqsa sebagai ibu negara pada masa depan.

Dua kumpulan pejuang Palestin, Hamas dan Fattah sendiri sudah memperingatkan bahawa AS meransang sengketa baru Palestin jika ia meneruskan perancangan memindahkan kedutaanya ke Baitulmaqdis.

Kesepakatan damai Israel-Palestin 1993 berjanji membahaskan status akhir Jerusalem dalam runding lanjut kemudian.

Pada masa yang sama, sejak 1967, Israel sudah membangun belasan kawasan pemukiman untuk menampung 200,000 Yahudi di Jerusalem Timur yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa. – Sarawakvoice