Abang Jo kunjungi ibu pejabat Fibrehome di Wuhan

WUHAN, China: Hari ketiga di China menyaksikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terbang dari Beijing ke Wuhan di Wilayah Hubei, tengah China.

Semasa di Wuhan, Abang Johari berkunjung ke ibu pejabat Fibrehome, firma penyelesaian IT terkemuka dunia sebelum dibawa melawat kemudahan firma itu dan diberi taklimat tentang operasi syarikat.

Fibrehome menyediakan penyelesaian dalam empat bidang utama iaitu komunikasi fiber optik, komunikasi rangkaian data, komunikasi tanpa wayar, dan aplikasi pintar.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan pandangan berhubung khidmat penyelesaian IT dalam usaha untuk memodenkan ekonomi Sarawak.

Lewat hari ini, Ketua Menteri akan terbang ke Guangzhou untuk melengkapkan lawatan lima harinya ke China.

* Ambrose Cheng merupakan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak