Friday, August 19, 2022

Warga emas nyanyuk ghaib di Kampung Kuap, operasi SAR diteruskan hari ini

Secara Rawak

PADAWAN: Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pagi ini untuk mencari seorang warga emas yang ghaib di Kampung Kuap, Batu 10 dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kehilangan mangsa sekitar jam 11.40 pagi dan sebuah jentera FRT serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan enam anggota telah diatur gerak ke lokasi dengan diketuai Ketua Balai,
Mohd Afiq Yusoff.

“Operasi semalam melibatkan pencarian dalam radius sekitar satu kilometer di kawasan hutan berhampiran Kampung Kuap.

“Pasukan SAR lain bersama-sama penduduk kampung turut meneruskan pencarian di kawasan Pekan Batu 10 apabila ada maklumat yang mengatakan kelibat mangsa ada dilihat di sana.

Bagaimanapun sehingga operasi ditangguhkan pada jam 5.40 petang semalam, tiada petunjuk diperoleh.

Identiti warga emas malang itu kemudian dikenal pasti sebagai Ambing Lumbu, 78 tahun dan mempunyai sejarah penyakit
jantung dan nyanyuk atau amnesia.  – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru