Thursday, August 18, 2022

Memang dasar penipu!

Secara Rawak

GUANGXI: Sebuah zoo menanggung akibat terpaksa ditutup lima hari apabila netizen menghamburkan kemarahan di internet menuduhnya menipu dan memperdaya pengunjung zoo tersebut baru-baru ini.

Zoo Guishan di Yulin, Guangxi tersebut yang menggunakan khidmat orang ketiga bernama Encik Wang menganjurkan pameran haiwan liar selama dua hari dengan mengenakan bayaran 15 yuan (RM9.16) seorang pengunjung.

Namun pengunjung berasa kesal kerana zoo tersebut hanya mempamerkan kura-kura, ayam dan itik selama dua hari.

Sementara zoo tersebut turut meletakkan patung penguin.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan People’s Daily Online, zoo tersebut turut mempamerkan kolam buaya dengan papan tanda bertulis “bahaya”, namun kolam berkenaan hanya mempunyai kura-kura bersama patung penguin di dalamnya.

Dalam iklan promosi menyatakan zoo berkenaan membawa penguin dari Kutub Selatan serta kura-kura peramal nasib serta umur panjang.

Wanita pemilik zoo berkenaan memberitahu media bahawa pameran berkenaan dianjurkan oleh Encik Wang, bahkan dia sendiri turut terkejut dengan pameran yang disediakan itu.

Pemilik zoo bagaimanapun memberitahu, ayam dan itik terbabit bukan untuk pameran, tetapi merupakan makanan untuk buaya di zoo berkenaan.

Kini pengunjung menuntut agar wang mereka dikembalikan.

Pada masa yang sama, pemilik zoo gagal menghubungi Encik Wang yang memperdayakan mereka semua. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru