Friday, December 2, 2022

Hanya parti yang dinamik, progresif mampu hadapi gelombang baharu, kata Zahid

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Hanya sebuah parti politik yang dinamik dan progresif mampu menghadapi gelombang baharu ekoran perubahan teknologi dan asakan revolusi ekonomi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengakui hanya pendekatan sahaja berubah, tetapi dasar tetap sama  Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno itu berkata, cabaran yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno ketujuh bukan kecil.

“Cabarannya amat berbeza dengan presiden terdahulu tambahan pula ketika ini adanya ancaman media sosial. Terima kasih aktivis media sosial prokerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu kita. Biro IT Umno juga tidak kurang hebatnya sentiasa memberi penjelasan isu semasa, dan menangkis tohmahan pembangkang dan membalas serangan,” katanya dalam ucapan perasmian tiga sayap Umno – Wanita, Pemuda dan Puteri di PWTC di sini malam tadi.

“Pada zamannya juga tercetus suatu revolusi ekonomi dan industri yang dipacu oleh ledakan teknologi digital. Kita kini memasuki Revolusi Industri Keempat, mengubah cara manusia berkomunikasi, berinteraksi dan berdagang. Ia membabitkan kemunculan teknologi baharu seperti robotik, artificial intelligence (kepintaran buatan), teknologi nano, teknologi quantum, bioteknologi, percetakan 3D dan ‘autonomous vehicles’ atau kenderaan serba canggih,” katanya lagi.

Selain itu, ujar Timbalan Perdana Menteri, semua peranti elektronik sama ada di rumah atau dalam industri telah dilengkapi dengan perisian dan alat pengesan perubahan yang membolehkan peranti berkongsi dan bertukar maklumat  antara satu sama lain.

“Ia pasti memberi kesan kepada geopolitik, ekonomi, keselamatan, sosial dan pendidikan negara,” tegasnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru