Azwan kepada abangnya Azmin: “Kau ingat kau MB, kau hebatlah, biar aku jatuhkan.”

0
4

KUALA LUMPUR: Jika di dunia hiburan, penghibur Azwan Ali terkenal dengan kontroversi “celopar” gaya tersendiri, di dunia politik Azwan sedia “mengena” abangnya sendiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Azwan dalam kenyataannya pada perhimpunan Agung Umno pada Rabu berjanji mahu menjatuhkan abangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Azwan berdendam hampir lima tahun terhadap abangnya dan mendakwa abangnya itu tidak menghargai jasa adik-beradiknya.

“Kau ingat kau menteri besar, kau hebatlah, biar aku jatuhkan,” kata Azwan, 51, yang sebelum ini melalui klip video berkata, beliau mempunyai banyak idea “menjahanamkan” Azmin.

Azwan sedia mendedahkan “rahsia Azmin” dalam ceramah kelak.

“Hidup Datuk Seri Najib Razak. Jahanam Azmin,” kata Azwan dan kesal abangnya itu tidak menghargai jasa beliau selama ini.

Azwan berkata beliau menyokong penuh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos bertanding melawan Azmin pada PRU14.

Sebelum ini, di dunia politik, Azwan pernah menonjol di samping adiknya Ummi Hafilda semasa berlaku krisis politik membabitkan mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997.

Ahli keluarga Azmin dan Azwan serta Ummi Hafilda beberapa kali dilihat “terkait” beberapa krisis politik di negara ini selain terlibat krisis keluarga di media. – Sarawakvoice