Jet pejuang Israel serang Damsyik, Syria

0
11

DAMSYIK: Pemantau hak asasi manusia Syria mendakwa jet Israel mengebom Jamaraya berhampiran Damsyik, ibu kota Syria pada Isnin, semalam.

AFP melaporkan, Pengarah kumpulan berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahmane berkata, pesawat Israel menyasar pusat penyelidikan saintifik dan gudang senjata dan peluru rejim dan sekutunya disimpan.

Media Syria melaporkan, “pertahanan udara kami menyekat serangan peluru berpandu Israel di salah satu bahagian di wilayah Damsyik dan mengagalkan tiga sasaran.’

Israel dalam kenyataanya mengaku menyerang Syria sejak perang meletus enam tahun lalu di negara tersebut bagi menyekat bekalan senjata kepada pasukan Hizbullah.

Pada Oktober lepas Israel mengaku menyerang artileri kerajaan Syria selepas insiden serangan oleh musuhnya di Bukit Golan yang diduduki Israel. – Sarawakvoice

Gambar hiasan