Tuesday, May 11, 2021

Dr Idris isytihar aset RM4 juta dengan Invoke bersama 30 ahli PKR, Amanah

Mesti baca

DALAM masyarakat umum, terdapat golongan yang mudah melakukan “pengisytiharan harta” dengan menunjukkan kekayaan dan kemewahan disebarkan melalui media sosial.

Barangan berjenama seperti jam, pakaian, aksesori perhiasan termasuk kereta berkuasa tinggi antara barangan yang sering ditunjukkan.

Mereka tanpa rasa takut akan risiko dirompak atau diperas ugut semata-mata ingin mempamerkan akan hobi dan minat ini, selalu menjadi dorongan kepada pihak lain untuk berusaha menjadi seperti mereka.

Gambar-gambar di pusat peranginan dan pelancongan di luar negara sering menjadi hiasan paparan Facebook atau Instagram untuk menayangkan kemampuan bercuti tanpa rasa gusar akan perbelanjaan yang dikeluarkan.

Namun, apabila pengisytiharan harta yang dilakukan oleh ahli politik, timbul suara sama ada mahu menyokong tidak kurang juga menolak akan keperluannya.

Bagi pihak yang menolak pengisytiharan harta oleh ahli politik, mereka berpendapatan keselamatan ahli politik mungkin berhadapan ancaman, selain membuka ruang untuk menjadi “pusat kebajikan”.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pengisytiharan harta ini boleh menimbulkan perasaan riak.

Manakala, bagi pihak yang menyokong tindakan pengisytiharan harta ini, ia sebenarnya dapat memberikan maklumat yang jelas bahawa kekayaan atau liabiliti yang ditanggung mereka berpadanan dengan keperluan semasa.

Sekiranya ahli politik itu mempunyai harta yang dikira mewah, ia dijelaskan dari mana harta itu diperoleh, begitu juga jika dia berhutang, maka tanggungannya juga dapat diketahui.

Hal ini juga boleh menjadi kayu ukur bagaimana seseorang ahli politik itu jujur dan amanah menjalankan tanggungjawab mereka tanpa menyalah guna jawatan atau posisi pada satu-satu masa.

INVOKE merupakan badan yang mengambil peranan mengawal selia bakal calon yang bakal bertanding pada Pilihan raya Umum (PRU) yang akan datang agar membuat pengisytiharan harta.

Dr Idris Ahmad

Seramai 30 ahli politik yang terdiri daripada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) memberi komitmen untuk membuat pengisytiharan harta pada 19 November lepas.

Daripada 26 orang yang mempamerkan dokumen pengisytiharan harta mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kawasan Ijok, Dr Idris Ahmad memiliki nilai aset bersih mencecah RM4 juta berbanding “pesaing” terdekatnya dalam lingkungan RM3 juta.

Idris, 70, memenangi kerusi Ijok pada 2013 mendapat undi 8,522.

Beliau pengamal perubatan dalam kepakaran gynaecologist.

Beliau seorang yang merendah diri dan sentiasa mengambil berat urusan rakyat di DUN Ijok.

Sungguhpun berstatus jutawan, beliau yang mula aktif dalam politik pada 1999 ini sanggup hidup sebagai wakil rakyat demi membantu rakyat, turun padang bertemu rakyat, merasai sendiri jerih perih kesusahan hidup mereka.

Beliau sendiri tidak menunjuk-nunjuk kemewahan yang diperoleh dari titik peluh sendiri sebelum menjadi wakil rakyat. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru