KUCHING: Pemangku Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah mahu memastikan Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti akan datang.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan PBB N37 Bukit Saban, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata Bukit Saban sedia mengusulkan agar jawatan Presiden PBB tidak dipertandingkan.

Menurut Uggah, beliau mahu PBB kekal sebagai antara parti politik paling kuat di Malaysia dan tidak berbalah sesama sendiri.

Menurut Uggah selama ini peralihan kuasa PBB berjalan lancar, tidak seperti parti lain yang akhirnya bergolak dan berpecah.

Uggah mahu PBB perlu terus kuat agar dapat membawa pembangunan untuk rakyat dan menganggap parti tersebut sangat berdisiplin serta memfokuskan kepada kepentingan rakyat. – Sarawakvoice

Gambar fail