PUTRAJAYA: Bulan berada dekat dengan Bumi pada 4.45 petang ini, pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi, dikenali sebagai fenomena Supermoon atau perigee.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), imej bulan 14 peratus kelihatan lebih besar dan 30 peratus lebih terang.

Ketika kedudukan paling hampir dengan Bumi terakhir untuk 2017.

Kali terakhir bulan berada dekat dengan Bumi ialah 14 November 2016 apabila berada 356,511 kilometer, jarak paling dekat dalam tempoh tujuh dekad selepas 26 Januari 1948.

Pada tahun ini juga, fenomena Supermoon skala kecil turut dapat disaksikan di seluruh dunia 24 Jun lepas.

Saintis astronomi global meramalkan keadaan yang sama hanya muncul semula 25 November 2034.

Situasi alam semesta ini berlaku apabila pergerakan orbit bulan berada pada kedudukan perigee menyebabkan saiznya seolah-olah lebih besar.

Fenomena ini mampu memberi kesan kepada pasang surut serta ketinggian ombak di laut, selain mempengaruhi keadaan cuaca. – Sarawakvoice