Thursday, September 29, 2022

Pemuda SUPP anggap Pandikar tidak lagi layak jadi Speaker Dewan Rakyat

Secara Rawak

KUCHING: Jika Ketua Menteri semalam menyifatkan cabaran berdebat tentang Perjanjian Malaysia 1963 oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia sebagai kebudak-budakan dan ‘paloi’, Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula menganggap Pandikar tidak lagi layak memegang jawatan itu.

Ketua Pemuda SUPP Tan Kai berkata, Pandikar jelas tidak mengendahkan usul yang dikemukakan dan diterima sebulat suara oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum ini.

Menyatakan demikian pada sidang media di sini semalam, Tan Kai berkata, Pandikar memperlihatkan pandangan yang sendeng terhadap perjanjian yang ditandatangani menjelang pembentukan Malaysia 54 tahun lalu.

Gambar fail – Foto SUPP Portal

“Dengan mencabar Ketua Menteri untuk berdebat tentang MA63, Pandikar Amin bukan sahaja angkuh tetapi juga menganggap sejarah silam dengan jahil,” katanya.

Dengan demikian, ujarnya, Pandikar tidak menghormati rakyat Sarawak, dan gagal memahami sentimen orang Sarawak.

Di majlis perasmian mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching dan Limbang semalam, Ketua Menteri yang juga pemangku Presiden PBB menempelak Pandikar dan menyifatkan cabaran itu tidak perlu, kebudak-budakan, malah ‘paloi’.

Paloi dalam bahasa Melayu Sarawak bermaksud bodoh. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru