Kuching terus diserbu pelancong luar, domestik

0
4

KUCHING: Kini bandar raya ini semakin indah, anggun dan menarik.

Berdasarkan pemerhatian Sarawakvoice, semakin ramai pelancong antarabangsa dan domestik termasuk dari Semenanjung mengunjungi bandar raya 700,000 jiwa ini setiap hari.

Ramai yang tertarik dengan tarikan baharu di bandar raya ini – Jambatan Darul Hana yang merentangi Sungai Sarawak.

Kuching tentu akan terus menjadi tarikan pengunjung apabila masjid terapung yang dibina di tebing Sungai Sarawak siap nanti.

Pagi tadi sejak subuh lagi ramai yang sudah menikmati keindahan bandar raya bersejarah dan bandar raya perpaduan ini dengan berjalan-jalan dan berjoging di janbatan berkenaan.

Pada sebelah malam tadi bandar ini begitu meriah apabila sekitar 15,000 menyertai perarakan Krismas.

Tujuh puluh lima kumpulan koir mewakili Persatuan Gereja Sarawak menyanyikan lagu Krismas.

Sejak beberapa bulan lalu, Kuching menjadi tuan rumah banyak acara antarabangsa. – Sarawakvoice