Friday, December 2, 2022

Rampas Lanang, Sibu: Hanya omong kosong jika UPP, SUPP terus bertelagah

Secara Rawak

KUCHING: Ketika Barisan Nasional (BN) berazam untuk merampas dua kerusi majoriti Cina di kawasan tengah daripada DAP, ia sedar bahawa hasrat berkenaan hanya dapat dicapai jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu dapat bersatu, sejajar dengan nama parti berkenaan.

SUPP, parti tertua yang ditubuhkan pada 1959 dan parti  serpihannya, UPP perlu mengetepikan perbezaan dan persaingan, kata penganalisis politik.

“Kedua-dua parti mewakili kaum Cina itu perlu berjiwa besar dengan tidak mengheretkan ego dan konflik sehingga menjelang pilihan raya  umum akan datang,” katanya.

Ujarnya, hanya omong kosong jika perkelahian dan persaingan antara kedua-duanya tidak dileraikan.

Pada PRU-13 DAP memenangi kerusi Sibu dan Lanang, selain Sarikei di kawasan tengah Sarawak.

Oscar Ling menewaskan calon BN Datuk Vincent Lau  manakala di Lanang Alice Lau menewaskan calon BN Datu Tiong Thai King.

Sebelum ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan BN mempunyai harapan untuk merampas balik kedua-dua kerusi itu daripada DAP pada PRU-14. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru