Friday, December 2, 2022

Umat Islam perlu pertahan kedaulatan negeri, usah dipengaruhi fahaman ekstrem — Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: Umat Islam di negeri ini seharusnya bersyukur kerana tidak terjebak seperti negara-negara Asia Barat, yang terlibat dalam kancah pergolakan sesama sendiri.

Ini berlaku kerana negara-negara ini hilang kedaulatan, akibat campur tangan asing.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak sebaliknya masih dapat menekuni hidup dalam keadaan aman dan damai, biarpun berbeza agama dan bangsa.

“Justeru itu penting untuk umat Islam berpegang kepada hukum-hakam Islam yang tepat dan tidak terperangkap dalam fahaman ideologi yang terlalu ekstrem.

“Ancaman IS dan Daesh serta fahaman sesat yang lain hanya menjerumuskan kita ke dalam kebinasaan,” katanya ketika berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Perayaan, Kompleks Sukan Sarawak pagi semalam.

Sambutan bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” katanya, jelas menunjukkan pentingnya rakyat Sarawak bersatu dalam apa sahaja keadaan bagi mencapai matlamat bersama iaitu kesejahteraan negara.

Sebanyak 128 kontijen telah menyertai perarakan itu dengan jumlah peserta yang terlibat adalah sebanyak 5,279 orang.

Ini termasuk 500 pegawai dan anggota tentera yang mewakili Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat yang kemudian dinobatkan sebagai Kontijen Terbaik.

Kontijen ini juga turut menerima hadiah wang tunai RM 1000 daripada penganjur. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru