Rebut peruntukan RM50 juta, tanam kelapa baka baru Careca, Matag di Gedong

0
7

GEDONG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan memperuntukkan RM50 juta merealisasikan projek “My Kampung My Future”.

Beliau mahu penduduk Gedong tidak ketinggalan menyertai projek penanaman kelapa variasi baharu baka Careca dan Matag dalam “My Kampung My Future” itu.

Berucap pada majlis perasmian perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Gedong pada Jumaat, Nancy menjelaskan ‘My Kampung My Future’ merupakan projek intervensi sosial dalam Program Pertukaran Impak Sosial.

Jelasnya, organisasi berteraskan sosial sama ada daripada sektor swasta, korporat mahupun NGO memilih projek berpotensi di satu-satu kawasan bertujuan membantu masyarakat sasaran.

Bercakap berkaitan sambutan Maulidur Rasul, Nancy menasihati masyarakat Islam agar sentiasa mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”, maka wajar masyarakat mempunyai semangat muafakat demi mengekal keutuhan ummah. – Sarawakvoice