Thursday, September 29, 2022

Pemuda PRS: Siapa Pandikar untuk berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak tentang Perjanjian Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia terus dikecam.

Kali ini oleh exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang menegaskan Pandikar tidak punya hak atau locus standi untuk mencabar dan berdebat dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Jika Pandikar tidak bersetuju dengan Ketua Menteri seratus kali, Ketua Pemuda PRS berkata, ia tidak bersetuju seribu kali dengan pemimpin dari Sabah itu.

“Siapa Pandikar untuk mencabar Ketua Menteri untuk berdebat tentang Perjanjian Malaysia 1963?” tegas ketuanya Datuk Snowdan Lawan dalam sidang media di sini semalam.

Gambar fail

Pandikar menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana mengajak Abang Johari untuk berdebat tentang isu terbabit.

Isu MA63 semakin panas kebelakangan ini ketika Sarawak dilihat semakin agresif menuntut haknya yang terhakis sejak 54 tahun lalu.

Kata Snowdan, Pandikar mungkin mempunyai agenda peribadi yang tersirat untuk survival politiknya.

“Apa motif beliau? Kita tak tahu. Saya agak beliau mahu menyibuk tanpa mengetahui bahawa beliau melakukannya di tempat yang salah,” katanya.

“Bagaimana beliau boleh kata MA63 tak penting? Sebagai peguam beliau sepatutnya lebih tahu tentang undang-undang dan politik,” katanya lagi.

Sambil menegaskan orang Sarawak tidak harus berdebat dengan Pandikar tentang hak Sarawak kerana hanya membuang masa, Snowdan berkata, hak Sarawak tiada kaitan dengan Pandikar kerana beliau bukan orang Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru