Friday, December 2, 2022

Pasarkan gula apong, lada, kraf tangan menerusi teknologi digital

Secara Rawak

SIBU: Produk tempatan Sarawak seperti gula apong, lada serta kraf tangan mendapat permintaan tinggi di pasaran global.

Justeru, generasi muda perlu bijak dan kreatif memanfaatkan teknologi digital untuk meningkat serta mengembangkan jualan produk masing-masing ke peringkat dunia.

Berucap merasmikan Aplikasi Perkhidmatan Pesanan Penghantaran Gas Memasak MyGas pada Jumaat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh mahu generasi muda menggunakan teknologi digital sebagai platform mengurus serta memasarkan perniagaan dan produk mereka.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua memuji inisiatif syarikat Pelita Laju Sdn Bhd membangunkan aplikasi MyGas dalam memberi khidmat penghantaran gas memasak secara atas talian.

Aplikasi MyGas dapat dimuat turun menerusi GooglePlay dan AppStore.

Pengguna dapat memesan penghantaran gas memasak dengan memberikan alamat penghantaran serta membuat pilihan produk dan seterusnya membuat pembayaran sebelum pesanan dihantar.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, berharap usaha ini dapat dijadikan contoh bagi usahawan muda dalam menyahut cita-cita ekonomi digital Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkaitan ekonomi digital. – Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru