Saturday, December 3, 2022

Mujah jadi rebutan dua parti pembangkang di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Akibat tidak sekata, dua parti pembangkang di Sarawak kini berebut calon untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing mendakwa Nicholas Mujah akan menjadi calon mereka.

PBDSB menyuarakan rasa terkejutnya apabila Naib Pengerusi PKR Sarawak, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, See Chee How, mengumumkan pada sidang media di sini semalam bahawa Mujah, setiausaha agung Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), akan diletakkan sebagai calon PKR bagi kerusi Sri Aman pada PRU14.

Foto Youtube

“Mujah akan menjadi calon kami (PBDS). Adalah keterlaluan dan pelik apabila Chee How mengatakan beliau akan menjadi calon PKR Sarawak.

“Kami juga difahamkan bahawa Mujah sendiri tidak tahu tentang perkara itu,” kata Timbalan Presiden PBDSB, Patrick Anek Uren.

Mujah dipercayai antara mereka yang akan diletakkan sebagai calon olehPBDSB pada PRU14.

Anek mendakwa kenyataan Chee How itu bertujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di Sri Aman bagi menghakis populariti Presiden PBDSB, Cobbold John Anak Lusoi, yang telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding di Sri Aman.

— BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru