Friday, December 2, 2022

Ian Andrew Gillan ganti Pengiran Bala — Posa Majais

Secara Rawak

KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak hari ini menamakan bekas Pengarah Kejurulatihan Kedah, Ian Andrew Gillan sebagai ketua jurulatih baharunya.

Keputusan itu diumum Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Posa Majais hari ini sebagai usaha mengukuh pasukan Sarawak dalam menghadapi kempen Liga Malaysia musim 2018.

“Gillan, kelahiran Australia berusia 52 tahun, akan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama-sama skuad Bumi Kenyalang, dan turut memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Kejurulatihan menggantikan Abdol Wahet Uji,” katanya.

Dengan pengalaman luas, Gillan diyakini mampu meningkatkan semula prestasi Sarawak dan mencipta perubahan kepada pasukan muda ini.

Gillan berpengalaman memimpin kelab Penrith Napean United, Australia pada 2009 dan Perth Glory FC, Australia (2013) sebelum bersama Kedah dan musim ini bersama kelab Ilocos United FC dari Filipina.

Kedudukan terkini Pengiran Bala tidak didedahkan manakala S. Veloo akan menyertai kem Pulau Pinang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru