Saturday, August 20, 2022

Hanya ‘ikan bilis’ pembangkang ditahan, SPRM tolak dakwaan tangan ghaib PM campuri urusan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tiada tangan ghaib. Perdana Menteri tidak pernah campur tangan urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad

Tegasnya, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi kebebasan penuh untuknya melaksanakan tugas menyiasat serta mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit rasuah atau salah guna kuasa.

“Tidak pernah sama sekali Perdana Menteri mengarahkan saya tidak mengambil tindakan atau mengganggu atau meminta berhenti membuat siasatan sesuatu kes,” katanya pada Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional 2017 (PEMANAS 5.0) anjuran UMNO dan Yayasan Minda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dzulkifli turut bertegas bahawa cadangan Jabatan Integriti dan Urus Tadbir Negara (JITN) akan menyekat peranan SPRM menangani isu rasuah serta memperbaiki tahap Indeks Pesepsi Rasuah (CPI) 2016 Malaysia.

Sebelum ini pihak pembangkang menuduh isu rasuah dan tindakan yang diambil SPRM bermotif politik dan siasatan dijalankan secara tidak telus dan dipengaruhi kerajaan.

“Selepas saya teliti senarai kes yang diambil tindakan oleh SPRM, majoriti kes itu membabitkan kepemimpinan negara.

“Pembangkang …yang kena hanya ‘ikan bilis,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru