KAPIT: Bukan satu tetapi dua orang penumpang yang terlibat dalam nahas perahu karam di Nanga Antalawan, Sungai Balleh, dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mereka merupakan lima individu yang menaiki perahu dari Kem PJA Trinity Sdn. Bhd menuju ke Nanga Antalawan sebelum karam sekitar jam 5 pagi, semalam.

“Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan sejak jam 8 pagi tadi dan selain pasukan bomba dan penyelamat, turut terlibat Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan Polis Kapit.

“Operasi pencarian diperluas ke 3km di hilir sungai dan 2km ke hulu dari lokasi mangsa karam.

Ling Hii berkata, sehingga operasi ditangguhkan pada jam 6.00 petang tadi, pasukan SAR gagal menemui sebarang petunjuk.

Jarak perjalanan ke lokasi dari bandar Kapit mengambil masa dua jam 30 minit menggunakan bot, dengan menyusuri Ulu Sungai Balleh.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Gomes Hillary Jugah, 35 tahun dan Tang Choo Yew, 33 tahun. – Sarawakvoice