Tuesday, December 6, 2022

MA63: Jika beliau (Abang Jo) 10 kali tidak bersetuju, saya 100 kali tidak bersetuju — Pandikar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Tidak untuk Lina Soo, tetapi jika Ketua Menteri Sarawak (Datuk Abang Johari Tun Openg) mahu berdebat dengan saya, bila-bila masa sahaja,” kata
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kepada pihak media di Parlimen semalam.

Beliau diasak oleh pihak media selepas menolak pandangan Abang Johari berkaitan signifikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Jika beliau tidak bersetuju dengan saya, saya juga tidak bersetuju dengan beliau.

“Jika beliau 10 kali tidak bersetuju, saya 100 kali tidak bersetuju,” katanya lagi sambil enggan mengulas lanjut kerana bimbang diputarbelitkan.

Abang Johari menolak pandangan Pandikar bahawa MA63, dokumen penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura – hanyalah “syor” dan bukan perjanjian yang mempunyai kesan perundangan.

Gambar fail

“Jika beliau berkata pandangan saya tidak penting, saya juga boleh kata pandangannya tidak munasabah pada pandangan saya.

“Saya biasa mendengar dua menteri besar, Pulau Pinang dan Selangor.

“Jadi pada saya tiada bezanya dengan pandangan Ketua Menteri Sarawak.” katanya.

Pandikar sewaktu melancarkan buku “Berpisah Tiada” memberitahu bahawa tiada dalil yang mengatakan Sabah dan Sarawak setara dan setaraf Tanah Melayu sebelum perjanjian ditandatangani, serta menyatakan rujukan semula kepada Perjanjian Malaysia 1963 sebagai tidak penting.

Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan untuk menerima cabaran sesiapa sahaja yang ingin berdebat secara terbuka dengannya mengenai isu ini.

Cabaran Pandikar disambut oleh aktivis MA63, Lina Soo yang menetapkan debat diadakan di Kuala Lumpur pada Januari depan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru