KABONG: Kontijen Alumni Sekolah Kebangsaan Abang Leman (SKAL) muncul sebagai juara pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kabong hari ini.

Kemenangan itu membolehkan pasukan itu membolot wang tunai RM1000 beserta piala iringan.

Tempat kedua pula menjadi milik Kontijen JKKK Kampung Sungai Endot dengan menerima wang tunai RM800 dan tempat ketiga jatuh kepada Kontijen Kampung Sungai Endot Lot dengan menerima RM500 beserta piala.

Bagi kategori sepanduk cetakan, Kontijen Persatuan Anak Kabong (PAK ) muncul sebagai juara ( piala dan RM800). Naib johan pula jatuhnya kepada JKK Kampung Hilir Perpat (RM500 dan piala) dan tempat ketiga menjadi milik Gabungan Perwani Kabong (RM400 beserta piala).

Manakala Kontijen JKKK Kampung Hilir Darat menerima hadiah sebagai kontijen terbaik.

Sebanyak 63 kontijen menyertai perarakan pada kali ini yang bermula jam 7. 30 pagi berpusat di Dataran Permata Kabong.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir. – Sarawakvoice