Thursday, September 29, 2022

Abang Jo: Apa debat-debat? Sik iboh dipanjang-panjangkan bah (isu MA63). Nya nya kita kita!

Secara Rawak

KUCHING: “Apa debat-debat? (Untuk apa diperdebat?) Sik iboh dipanjang-panjangkan bah (Isu ini tidak perlu diperbesarkan).

“Nya nya kita kita! (Kalau itu pendirian dia… biarkan! Kita ada pandangan kita sendiri),” kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas majlis kesyukuran Maulidur Rasul di Masjid Jamek malam tadi.

Beliau mengulas cabaran Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Mulia untuknya berdebat berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Jelasnya, perkara tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan kerana Sarawak mempunyai pandangannya sendiri dalam perjanjian itu.

“Kita hanya meneruskan perjuangan Ketua Menteri kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang mahukan hak-hak Sarawak dalam MA63 dikembalikan,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru