Pemuda akui berasal dari Marikh, ibu bapanya turut percaya

0
11

MOSCOW: Pemuda Rusia bernama Boriska Kipriyanovich, dari Volgograd mendakwa dia berasal dari planet Marikh sebelum dilahirkan semula di bumi bersama beberapa orang lain.

Bahkan, ibu Boriska seorang doktor mempercayai dakwaan anaknya itu berasal dari Marikh dan dalam misi menyelamat manusia daripada kemusnahan sengketa perang nuklear.

Ibunya memberitahu beberapa minggu selepas dilahirkan, Boriska mampu memegang kepala sendiri tanpa bantuan.

Ibunya juga mendakwa anaknya itu boleh bercakap beberapa bulan selepas dilahirkan dan pada usia setahun setengah, dia sudah mampu membaca dan melukis.

“Apabila kami menunjukkan kepada anak kami kepada saintis, termasuk angkasawan dan sejarawan, mereka bersetuju mustahil dia mereka-reka cerita,’’ kata ibunya memetik laporan Mail Online awal November lepas.

Malah penyelidik terkejut dengan pengetahuan Boriska berkaitan sistem planet di cakerawala.

Boriska dikatakan petah membincangkan subjek yang mereka tidak pernah mengajarnya sebelum ini seperti tamadun alien.

Boriska mendakwa dia hidup di Marikh ketika bencana nuklear mengancam kehidupan mereka.

Dia mengaku, umur mereka kekal abadi dan penuaan berhenti ketika mereka berusia 35 tahun.

Menurut Boriska orang Marikh mempunyai hubungan kuat dengan Mesir kuno di Bumi dan dia sendiri pada masa lalu pernah melawat planet Bumi sebagai juruterbang.

Dia berkata kehidupan di Bumi berubah mendadak apabila monumen Sphinx di Giza “terkunci”.

“Saya ingat lagi ketika saya berusia 14 atau 15 tahun. Penduduk Marikh sering melancarkan serangan hinggakan saya terpaksa turut serta bersama rakan,” ujar Boriska. – Sarawakvoice