Tuesday, December 6, 2022

Padan muka! PapaGomo terus rayu derma untuk bayar saman Anwar Ibrahim

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tinggal empat hari lagi untuk blogger PapaGomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33 tahun membayar saman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika gagal melunaskan RM951,260.27 maka pada 5 Disember beliau berhadapan tindakan muflis.

Sehingga semalam PapaGomo masih merayu simpati orang ramai agar membantunya dengan memberi sumbangan, namun gaya rayuannya amat “mendabik dada”.

Melancong dan menggunakan pakaian jenama mahal, menyebabkan ramai netizen menganggap tindakan PapaGomo yang menggunakan akaun facebook Sir Azri sebagai lawak dan melampau.

“Nampak tak muka aku tengah sedih ni? Kau orang tak kesian ke? 😓” katanya dalam status terbaharu.

Sebelum itu beliau menulis, segala duit saman itu perlu dilunaskan pada 4 Disember depan.

“Jika tidak, pada 5 Disember aku jangkakan peguam Anwar Ibrahim akan failkan notis kebankrapan dan muflis ke atas aku.

“Antara yang aku jangkakan, peguam Anwar Ibrahim akan datang ke rumah dan membuat penyitaan barang-barang dan kemudiannya dilelong.

“Selain dari itu akaun-akaun bank yang ada atas nama @ku akan dibekukan. Malah aku juga tidak dibenarkan ke luar negara.

“Panjang kalau nak story ni, so apa kata yang mana belum ‘bank-in’ tu boleh lah salur untuk aku bayar saman Anwar Ibrahim. RM10 hinggit pun takpe 😘

Mungkinkah ini drama PapaGomo untuk menarik simpati, atau menyakitkan hati?

Ramai netizen yang percaya, PapaGomo telah pun mendapat bantuan rakan-rakan menteri dan politiknya untuk menyelesaikan saman itu, kerana jumlahnya tidaklah terlalu besar. Lagipun “kabelnya” besar.

Dalam polemik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tidak lama dahulu, PapaGomo yang rapat dengan Nazri masuk campur hingga mendapat kecaman bukan sahaja rakyat Sarawak, malah Sabah dan Semenanjung.

PapaGomo kemudian dilabel ” melampau”, mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah, malah memutar belit fakta tanpa usul periksa.

Kerana itu dalam isu saman ini, rata-rata warga Sabah dan Sarawak menulis: “padan muka.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru