Friday, December 2, 2022

Netizen kantoikan Zailah pandu lori tanpa kunci, tular lagi selepas undi berkecuali…

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang dari Pas, Siti Zailah Yusof menjadi sasaran netizen apabila memuat naik foto dengan aksi memandu lori mahu menghantar barang bantuan kepada mangsa banjir di kawasan beliau.

Gambar beliau awalnya ditularkan penyokong Pas atas “kredit” Zailah membantu mangsa banjir.

Foto tersebut kemudian disebarkan pula oleh pengkritik beliau kerana “lakonannya”.

Memetik Malaysia Dateline, aksi Zailah terkantoi apabila beliau didapati hanya berlakon kerana lori tersebut tidak mempunyai kunci pun pada tempat sterengnya.

Merujuk gambar Zailah netizen bertanya, “mana kunci lori tu. Kantoi.”

Dalam laporan Sinar Harian online, Zailah berdalih, “saya bawa bantuan menaiki lori, bukannya bawa bantuan dengan memandu lori,” kata Zailah mengaku gambar itu diambil oleh anaknya.

Zailah dilaporkan berkata, pengkritik memutar belit kenyataan beliau dengan hanya berpandukan gambar swafoto.

Sebelum ini, Zailah diserang “musuhnya” kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian bajet KPDNKK.
Dalam pengundian belah bahagi itu BN mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi dan 2 berkecuali.

Turut berkecuali bersama Zailah ialah Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru