Tuesday, October 4, 2022

GST tidak akan dinaikkan selepas PRU-14

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan walaupun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz mengesahkan perkara itu di Dewan Rakyat,  den menegaskan kadar itu akan kekal enam peratus.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (DAP-Kelana Jaya) yang ingin tahu sama ada  kerajaan mempunyai cadangan  untuk menaikkan kadar GST kepada tujuh peratus.

Menurut Othman, terdapat pihak tertentu mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kadar sedia ada dan menaikkan cukai pengguna itu, namun kerajaan tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU14,” katanya.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya lagi.

Sebelum ini terutama pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan menyebarkan dakwaan bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST selepas PRU nanti jika menang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru