Monday, December 5, 2022

Tanah runtuh rempuh rumah, sekeluarga bernasib baik di Bukit Goram

Secara Rawak

KAPIT: Lagi tanah runtuh dilaporkan di bandar ini. Kali ini kejadian melibatkan sebuah rumah kediaman di Ganturong Iban, Bersatu Sebaning, Jalan Antaroh, Bukit Goram dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata,  pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Balai Bomba dan Penyelamat Kapit kemudian mengatur gerak aset dan keanggotaan melibatkan sebuah jentera LFRT dan lima anggota ke lokasi.

Setibanya di lokasi katanya, pihaknya mendapati berlakunya kejadian tanah susur di bahagian dapur rumah terbabit.

“Bagaimanapun nasib menyebelahi pemilik rumah kerana rumah ini masih belum didiami penghuni dan sedang dalam pembinaan.

“Satu daripada dua pintu rumah yang berkembar telah terjejas oleh runtuhan tanah tersebut.

Kata Ling Hii, pasukan yang terlibat  kemudian bertindak memasang sawar-sawar di kawasan runtuhan tersebut dan menasihati penghuni rumah, Rimena Unyat dan keluarga agar lebih berwaspada.

“Sehingga petang tadi, tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi  ditamatkan sekitar jam 3.10 petang,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru