Friday, December 2, 2022

Syarikat Korea Selatan labur RM1.2 bilion dalam projek tembaga S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Syarikat ILJIN Materials Co. Ltd (Iljin) di Iksan, Korea Selatan mengesahkan melabur RM1.2 bilion dalam projek tembaga di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di Kuching.

Pengumuman dibuat semasa Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan serta rombongan melawat Iljin Material di Iksan.

Iljin menzahirkan rasa gembira dengan Kerajaan Sarawak yang memproses permohonan pelaburan mereka itu.

Iljin mengaku mulanya merancang untuk melabur di lokasi lain, tetapi menukar pendirian selepas mendengar penjelasan pegawai Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berkaitan potensi pelaburan berkenaan.

Wakil Iljin melawat Sarawak dan memutuskan memilih Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya sebagai pilihan terbaik bagi projek mereka. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru