Thursday, September 29, 2022

Sah, Lina Soo jawab cabaran Pandikar Amin pada Januari depan di Kuala Lumpur

Secara Rawak

KUCHING: Diadakan di Kuala Lumpur dan terpulang kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memilih tarikh, sama ada pada 13, 20 atau 27 Januari depan.

Itu pengumuman yang dibuat oleh Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR), Lina Soo hari ini sebagai menyahut cabaran debat terbuka oleh Speaker Dewan Rakyat itu semalam.

Debat akan berkisar tentang Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya menghormati tawaran dan menerima cabaran beliau untuk membahaskan perjanjian ini.

“Kesungguhan dan keberanian beliau adalah sesuatu yang hebat, tidak terdapat pada banyak ahli politik Malaysia hari ini,”” katanya dalam sidang media khas hari ini di sini.

Cabaran debat oleh Pandikar Amin Mulia itu telah dimuat naik pada laman Facebooknya.

Pandikar Amin yang menggunakan nama PaMin Padila Mulia dalam halaman Facebook peribadinya, mengakui tidak mengenali Lina Soo secara peribadi tetapi beliau mengenali Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Jeffrey Kitingan sebagai musuh yang boleh dipercayai.

“Saya tidak akan melarikan diri dari sebarang pertempuran demi kebaikan negara.

Lina Soo, seorang aktivis yang telah lama memperjuang isu hak negara berkata, perdebatan itu akan menjadi platform untuk mendidik orang ramai tentang Perjanjian Malaysia, serta dokumen lain yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia.

Beliau mengakui telah banyak mengkaji mengenai pembentukan Malaysia termasuk  dua buah buku “Sarawak The Real Deal” dan “Chronicle Sarawak” yang ditulis berdasarkan dokumen yang disimpan di Arkib Negara British di Kew, London.

“Perdebatan itu sepatutnya dalam bahasa Inggeris kerana Perjanjian Malaysia adalah perjanjian antarabangsa dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Inggeris, yang ditandatangani dan dimeterai di London,” katanya.

Lina Soo akan menghantar surat secara rasmi kepada Pandikar Amin untuk menerima tawaran debat itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru