Thursday, September 29, 2022

Pendapat Pandikar silap, kata MA63 tidak penting – Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: “Saya tidak sependapat dengan Pandikar Amin berhubung MA63…, saya berpendapat anda tidak boleh memerihalkan Perjanjian Malaysia 1963 (sebagai) tidak penting,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bercakap selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Abang Johari mengaku tidak sependapat dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Baru-baru ini, Pandikar Amin ketika mengaku “pro-Malaysia” dan keras menyelar dakwaan nasionalis Borneo bahawa Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi sama rata ketika Persekutuan Malaysia dibentuk.

“Sebagai orang Sabah, saya tidak pernah rasa hak saya terhakis atau dicabuli,” kata Pandikar ketika melancarkan bukunya bertajuk “Berpisah Tiada” di Parlimen pada Isnin.
Buku “Berpisah Tiada” menerangkan isu berkaitan Sabah serta sejarah Penubuhan Malaysia 1963 dan kedudukan Sabah, Sarawak dalam Persekutuan Malaysia berdasarkan kajian beliau.

Menurut beliau semasa membaca laporan suruhanjaya siasatan membincangkan laporan Suruhanjaya Cobbold 1962 iaitu Inter-Governmental Committee (IGC), beliau “tidak terjumpa dalil mengatakan Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Malaya. Tidak ada.”
Pandikar berkata tiada kes mengatakan Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Tanah Melayu apabila semua negeri sama taraf di Malaysia.

Tambah Pandikar, “sama sekali tidak jika kamu faham konsep Persekutuan. Persekutuan bererti semua negeri mesti sama taraf, jadi bagaimana kamu boleh kata Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Tanah Melayu sedangkan selepas Malaysia terbentuk pada 1963, Tanah Melayu tidak lagi wujud.”

“Jika tidak, di mana mereka (kita) sekarang ini? Kita mungkin jadi salah satu wilayah Filipina atau Indonesia,” ujar Pandikar.

Abang Johari mengaku mempunyai pandangan berbeza dengan Pandikar berkaitan MA63 dengan hak wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia merupakan asas kepada perjanjian ini.

Menurut Abang Johari, kebanyakan tafsiran MA63 dan dokumen serta peristiwa sejarah yang direkodkan dalam proses pembentukan Malaysia perlu difahami sebelum membuat tafsiran isu berkaitan.

Beliau menyifatkan Pandikar silap apabila mengatakan MA63 tidak penting.

Tambah Abang Johari lagi, “sejak awal pembentukan Malaysia jelas dinyatakan dalam MA63, Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan sama dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia, tetapi memiliki autonomi berbeza dan hak jaminan Perlembagaan.
Kenyataan Pandikar turut diselar pelbagai pihak khususnya pemimpin serta aktivitis Sabah dan Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru