Saturday, August 20, 2022

Ahmad Lai saran pesalah sumbang mahram dicucuk besi panas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dicucuk dengan besi panas, itu saranan Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai terhadap pesalah-pesalah sumbang mahram yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Berhujah dalam Dewan Rakyat, hari ini, Ahmad melontarkan cadangan ganas itu setelah mendapati hukuman yang ada sekarang tidak memadai.

“Kalau boleh, Yang Di Pertua, saya mencadangkan lelaki yang mengerjakan ini, kita bakar satu besi panas dan cucuk kepada dia, supaya dia berasa bagaimana sedihnya perasaan orang yang terkena perkara begini,” katanya.

Beliau sebelum itu bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun selepas Azizah menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) tentang bentuk perlindungan dan kebajikan yang diberikan kepada mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan keluarganya selepas pesalah yang menjadi tempat bergantung dijatuhkan hukuman.

Tegas Ahmad, apabila mangsa iaitu kanak-kanak ini dicabul oleh bapa, bapa saudara…keseluruhan keluarganya akan tertekan.

“Begitu juga adik beradik mangsa. Bagaimana kita mahu melunaskan dendam keluarga kepada pemangsa yang lakukan perkara tidak senonoh kepada anak saudaranya?

“Dendam tidak akan terhakis,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru