Sunday, December 5, 2021

Bumbung jatuh hempap tiga kereta di Miri malam tadi

Secara Rawak

MIRI: Sebuah kereta pecah cermin belakang manakala dua yang lain tidak mengalami sebarang kerosakan setelah dihempap oleh bumbung sebuah premis yang terletak di tingkat dua Jalan Pelita 2, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Miri telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.49 pagi dan sebuah jentera LFRT serta ambulans EMRS diatur gerak ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota.

“Berdasarkan maklumat lapangan, terdapat tiga buah kereta yang terlibat iaitu jenis Proton Saga, Proton Waja dan kereta Nissan Sunny yang diparkir di belakang premis berkenaan yang menempatkan sebuah restoran.

“Jentera pertama tiba di lokasi sekitar jam 12 malam dan pasukan terlibat segera membuat pemeriksaan.

“Setelah mengenal pasti tidak ada mangsa yang terlibat, pasukan bertindak mengalihkan serpihan bumbung tersebut.

Pemeriksaan lanjut katanya, mendapati hanya kereta jenis Proton Waja pecah cermin di bahagian belakang manakala dua kereta lain tidak mengalami sebarang kerosakan.

Operasi tamat setengah jam kemudian, katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru