Friday, September 30, 2022

Abu kelabu Gunung Agung Bali meletus 3,000 meter, tunggu amukan magma merah…

Secara Rawak

JAKARTA: Pagi Ahad, 8.30 pagi waktu setempat, abun kelabu Gunung Agung terus meruap dengan ketinggian letusan mencapai 3,000 meter.

Hujan abu mengarah ke timur-tenggara ke arah Lombok dengan status darurat berwarna merah.

Ketua Pusdatin dan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho melalui laman sosialnya, meminta agar masyarakat terus menerima berita sahih daripada kerajaan berkaitan tragedi Gunung Agung.

Abu kelabu tebal terus keluar dari kawah Gunung Agung dengan kepulan asap dan warna kuning kemerahan.

Warna kuning kemerahan ari letusan Gunung Agung bagaimanapun adalah kesan cahaya sinar matahari, tetapi disahkan bukan dari lava pijar atau api yang keluar dari kawah.

Ini masih menjadi berita baik kerana magma Gunung Agung belum lagi menjadi ancaman!

Bagaimanapun, Sutopo memberi peringatan sebaran abu vulkanik Gunung Agung juga berbahaya dan kini mengarah ke wilayah Lombok.

Sebelum ini, Sutopo memberitahiu beberapa desa di sekitar Gunung Agung dihujani abu tipis.

Beberapa di antaranya ialah Desa Besakih, bagian atas Desa Pempatan serta Desa Temukus.

Masyarakat di desa yang tempias hujan abu tipis tersebut sudah dipindahkan ke selatan demi keselamatan mereka menggunakan motosikal, kereta pikap, dan kenderaan lain.

Masyarakat yang masih berada dalam lingkungan garis pusat 6 kilometer dan kawasan arah Utara-Timur Laut dan Tenggara-Selatan-Barat daya sejauh 7.5 kilometer diminta segera berpindah dengan tenang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru