Tuesday, September 27, 2022

Typhoid di Long Urun: 375 spesimen diperiksa, 5 masih dirawat, aktiviti awam ditangguh

Secara Rawak

KUCHING: Sembilan mangsa wabak kapialu atau typhoid di Long Sibau, Belaga berusia di antara lima hingga 56 tahun.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim ketika dihubungi sarawakvoice.com memberitahu, empat daripada mangsa adalah lelaki.

“Sehingga semalam, kita telah berjaya mendapatkan 375 spesimen dan sembilan didapati positif manakala 29 masih menunggu keputusan makmal.

Lima kes kata Dr Jamilah, masih dirawat di Hospital Bintulu.

“Pasukan petugas khas Active Case Detection juga telah melawat 27 kawasan di lokasi berkenaan terutamanya di ketiga-tiga kampung di Long Sibau, serta kawasan kawasan yang ada ‘epidemiological link’.

Pada masa yang sama katanya, pendidikan kesihatan kepada penduduk di lokaliti wabak turut dilakukan, terutama berkaitan penjagaan kebersihan, langkah mencuci tangan yang betul, selain sebaran maklumat berkenaan penyakit Tifoid dan cara perebakannya

“Pihak kita juga sedang berusaha dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan saliran air bersih ke Long Sibau, serta memastikan penyediaan tandas bersih di sana.

“Mesyuarat telah diadakan bersama-sama Pegawai Daerah dan nasihat telah diberikan untuk menangguhkan semua aktiviti awam di sekitar kawasan wabak,” katanya. – Sarawakvoice

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru