Friday, September 30, 2022

Selesaikan masalah jerebu: Jokowi kongsi penghargaan Najib melalui Facebooknya

Secara Rawak

JAKARTA: Presiden Joko Widodo  mengongsikan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghargai usaha Indonesia mengurangkan masalah jerebu sehingga negara itu tidak lagi berdepan masalah berkenaan melalui Facebooknya.

“PM Najib menyampaikan bahawa upaya tersebut tak lepas dari perhatian serius yang diberikan pemerintah Indonesia,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

Di hadapan Presiden Jokowi di Kuching selepas mesyuarat rundingan tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia, Najib memberitahu: “Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Presiden Indonesia dan juga kerajaan Indonesia atas komitmen mereka untuk menjamin wilayahnya bebas dari jerebu.”

Tambah Najib, dalam dua tahun terakhir, rakyat Malaysia dapat menikmati udara bersih. “Ini memberikan kelegaan terhadap rakyat Malaysia, termasuk Sarawak. Cuacanya sudah lega, enaklah,” ujarnya.

Dua tahun lalu,  Malaysia  berdepan jerebu teruk akibat kebakaran hutan di Sumatra, sehingga Najib menuntut Indonesia bersikap serius menangani masalah itu.

Ketika itu, semua kegiatan terjejas teruk termasuk sekolah terpaksa ditutup, dan jumlah pelancong juga terjejas.

Namun, Indonesia ketika itu berkata,  jerebu masalah yang tidak dapat diatasi dengan cepat.

Presiden  Indonesia itu kemudian memberi jaminan bahawa masalah terbabit akan berkurang seiring strategi penanganannya dan aspek penegakan undang-undang.

Dalam rundingan berkenaan, kedua-dua pemimpin menghasilkan enam kesepakatan bersama.

Enam kerjasama berkenaan membukti komitmen kedua-dua pemimpin untuk menjalin kerjasama lebih erat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru