Friday, December 2, 2022

Polis Malaysia tiada kuasa arah siasatan lelaki Sarawak maut ditembak di Entikong, nasihat keluarga dapatkan perintah Mahkamah

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar hari ini menafikan pihak Polis Diraja Malaysia enggan memberi kerjasama dan kelulusan menjadi punca mayat Chung Soon Teck yang ditembak mati di Entikong, Indonesia tidak dibedah siasat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dev memberitahu, Polis Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kes yang kematiannya berlaku di tanah asing.

“Oleh itu, kita tidak boleh meminta pihak hospital untuk menjalankan bedah siasat si mati di bawah keadaan sedemikian.

“Justeru kami menasihatkan ahli keluarga mangsa untuk mendapatkan nasihat guaman dan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah mahkamah.

Polis Sarawak katanya, juga telah memanjangkan perkara itu kepada Interpol Bukit Aman, untuk memperoleh bantuan Wisma Putra bagi mendapatkan butiran lanjut kes itu dari pihak berkuasa Indonesia melalui saluran diplomatik.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan, anggota keluarga si mati kecewa tiada bedah siasat dilakukan ke atas mayat Soon Teck berikutan kelulusan belum diterima daripada pihak polis.

Dakwa mereka, perkara itu berlaku kerana pihak hospital tidak mendapat kebenaran polis untuk menjalankan bedah siasat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru