Friday, September 30, 2022

Arab Saudi larang jemaah berswafoto di Masjidilharam Makkah, Masjid Nawabi Madinah

Secara Rawak

JAKARTA: Terbaru, kerajaan Arab Saudi menguat kuasa serta melarang keras jamaah haji atau umrah melakukan swafoto (selfie) di dua masjid suci di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Peraturan tersebut selain ditujukan kepada individu pengguna telefon pintar, ia juga termaktub kepada jurufoto kamera atau perakam menggunakan alat video serta pemberita TV.

Sebagai nota, sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi sememangnya melarang jemaah melakukan swafoto atau merakam video di tanah suci.

Arahan Aerab Saudi kali ini lebih berbentuk “menguatkan larangan” dengan niat mahu agar kesucian dua masjid tersebut terjaga.

Bagi jemaah yang didapati melanggar peraturan tersebut, pihak keselamatan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk melupuskan filem atau mengapuskan foto Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Poihak berkuasa juga sedia menyita gajet atau peralatan yang digunakan individu tersebut.

Menurut Okezone yang memetik Sindo, Kementerian Luar Arab Saudi dalam nota diplomatik nombor 270 bertarikh 15 November lepas kepada kerajaan Indonesia menulis: “Pihak berkuasa urusan haji di negara masing-masing diminta memberikan pemahaman kepada para calon jemaah agar tidak melakukan perbuatan yang ‘vulgar’ atau bersenda gurau ketika melaksanakan ibadah dan pentingnya menghargai perasaan orang lain di dua masjid tersebut.”

Peraturan tersebut termaktub kepada semua jemaah di seluruh dunia yang biasanya seramai 3 juta orang pada musim haji dan mencapai 30 juta jemaah umrah sepanjang tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru