Tuesday, June 28, 2022

Anak Husam diikat jamin RM10,000, mengaku tidak bersalah miliki dadah

Secara Rawak

KOTA BHARU: Ahmad Syafi Husam, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis metamfetamina 20 gram Sabtu lepas.

Anak lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa itu mohon dibicarakan.

Pertuduhan dibacakan terhadap Syafi di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli atas dakwaan memiliki dadah di tepi rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Jelutong, 3.30 petang 18 November lepas.

Syafi dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama, penjara antara 2 hingga 5 tahun serta 3 hingga 9 sebatan.

Syafi dibenar ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari 2018 bagi sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin bertindak sebagai pendakwa.

Sementara, terduduh diwakili lima orang peguam diketuai Firdaus Mohd Yusof. – Sarawakvoice

Foto BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru