Suspek dadah, senjata api jawab soalan detektif dengan kentut semasa disiasat

KANSAS: Gara-gara membalas jawab semua soalan peguam dengan kentut, polis Amerika Syarikat terpaksa menangguhkan prosedur soal siasat terhadap suspek lapor media setempat.

Suspek Sean Sykes Jnr disyaki terlibat dadah dan senjata api di Kansas City, Missouri.

Semasa muncul di mahkamah pada Isnin atas dua kesalahan berbeza, detektif yang menyoal siasat Skyes, 24, memberitahu mahkamah, “Sykes bersandar pada sisi kerusi dan menghasilkan bunyi kentut yang kuat sebelum menjawab soalan.”

Menurut detektif berkenaan, Skyes mengeluarkan kentut ketika diminta alamatnya.

Akhbar Kansas City Star melaporkan: “Sykes berterusan melakukan perbuatan itu dan saya akhiri sesi soal siasat tersebut,” kata detektif yang menyiasat kes Sykes pada kali pertama, bulan September lepas.

Menyusul penangkapan kali kedua pada November, Skyes ditangkap semula dan dimasukkan ke dalam tahanan.

Mengikut dokumen mahkamah, polis juga menemukan ganja dan kokain di dalam kenderaan yang dipandu Sykes.  – Sarawakvoice