Profesor jelaskan lubang misteri di Kudat tiada kaitan UFO tetapi…

KOTA KINABALU: Pakar Universiti Malaysia Sabah (UMS) profesor Shariff Abdu Kadir S. Omang cuba menjelaskan berkaitan lubang misteri bersaiz 12 inci sedalam 3.6 meter – yang menggemparkan penduduk Kampung Rampai, Sikuati di Kudat sebagai kesan daripada penggerudian pihak tertentu.

Shariff Abdu Kadir S. Omang

Menurut beliau seperti disiarkan Kosmo pada Selasa, kesan gerudi itu mungkin dilakukan pihak tertentu dalam tempoh agak lama bagi tujuan eksplorasi atau kajian lapisan bumi.

Shariff mendakwa tekanan udara dalam lubang itu mampu mengeluarkan wap air dan mengaitkan dengan dakwaan penduduk John Ukong, 47, yang sebelum ini melihat terdapat cahaya aneh menjunam dari langit menghala ke permukaan tanah sekitar 2 pagi sebelumnya.

Shariff berkata cahaya yang dilihat penduduk itu sebenarnya wap air atau udara yang terperangkap lama sehingga menyebabkan tekanan kuat pada kadar yang sangat laju.

Shariff menafikan lubang misteri dan cahaya tersebut tiada kaitan dengan fenomena makhluk asing. – Sarawakvoice