Saturday, August 20, 2022

PRU14 sudah hampir pasti Mac depan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan kurang 180 hari atau enam bulan dari sekarang.

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini sekali gus menguatkan tanggapan bahawa PRU14 akan berlangsung pada Mac depan.

“Jangkaan saya pilihan raya umum tidak akan lebih 180 hari dari sekarang. Kalau ada yang mengatakan pilihan raya lebih daripada 180 hari, saya fikir orang itu harus berada di luar kepompong realiti.

“Tengku Adnan (Tengku Mansor — Setiausaha Agung BN) lebih tahu bila pilihan raya,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-46 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta Presiden Gerakan Datuk Sri Mah Siew Keong dan seluruh saf pimpinan parti itu turun ke akar umbi, perkukuhkan semula jentera parti, perkuatkan semula jentera pilihan raya mereka.

“UMNO akan sentiasa membantu parti-parti lain dalam BN dan akan terus memperkasakan semua jentera di semua peringkat,” katanya lagi.

Kali terakhir Malaysia mengadakan pilihan raya umum adalah pada 5 Mei 2013. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru