Friday, December 2, 2022

Pelakon Jalaluddin Hassan akhir zaman duda, kahwini ibu tunggal

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan mengakhiri zaman dudanya hari ini, Ahad.

Beliau dengan mengahwini ibu tunggal Rapidah Abd. Ghani sekitar 11 pagi di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Pada majlis dihadiri sekitar 100 hadirin, Jalaluddin, 63, menyediakan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut RM20,000.

Pihak wanita pula membalas tujuh dulang hantaran.

Rapidah, 44, asal Melaka merupakan ibu tunggal mempunyai empat anak.

Jalaludin yang pernah popular menjayakan program “Who Wants To Be A Millionaire”s itu berkahwin dengan Allahyarham Datin Hashimah Mad Ehsan yang menghembuskan nafas terakhir 5 November 2016.

Sebelum ini, Jalaluddin memberitahu Kosmo beliau memilih Rapidah kerana gelagat wanita tersebut yang mirip dengan arwah isterinya yang sangat mengambil berat perihal kesihatannya dan selalu mengingatkannya untuk solat Subuh. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru