Saturday, October 8, 2022

Lubang misteri di Kudat, penduduk dakwa ada cahaya dari langit…

Secara Rawak

KUDAT: Terdapat sebuah lubang pada sebatang jalan di Kampung Rampai, Sikuati menimbulkan misteri di kalangan penduduk setempat.

Memetik Kosmo pada Sabtu, John Ukong, 47, mendakwa semasa berada di pekarangan rumahnya, beliau ternampak objek terbang bercahaya terang di udara sebelum menghala ke permukaan tanah sekitar 2 pagi sebelumnya.

Keesokan harinya, penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut mendapati terdapat lubang yang sangat dalam seperti digerudi bersaiz sekitar 12 inci dan sedalam 3.6 meter.

Harian Metro pada Sabtu melaporkan, Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Nyeging Taong mengesahkan enam anggotanya membuat tinjauan dan mahu membuat rujukan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat dan Jabatan Tanah dan Galian.

Jaslin Okirim menyiarkan foto sekitar berkaitan lubang misteri tersebut di akaun Facebook beliau sebagai tatapan netizen.

Sebahagian netizen ada yang mempersenda foto tersebut dengan pelbagai andaian dan ada yang bertanya adakah berita ini benar? – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru